Tuesday, May 15, 2012

Radio percuma untuk semua!

Baru-baru ini di bahagian Miri, ramai penduduk tempatan terutama sekali yang tinggal di rumah panjang dan berada diluar bandar telah menerima hadiah dari pihak yang "murah hati". Pihak "murah hati" yang disebut itu adalah Dr. Michael Teo Yu Keng, Ketua Cabang PKR Miri telah menderma radio dalam jumlah yang banyak kepada para penduduk di sekitar Miri.

Radio berkenaan telah diedarkan kepada para penduduk sekitar Miri oleh Dr. Michael sendiri bersama dengan ahli-ahli PKR Miri. Apakah motif radio percuma berkenaan??? Untuk memberikan hiburan kepada penduduk Miri ataupun hanya sebagai hadiah biasa untuk menunjukkan pihak parti prihatin terhadap kebajikan penduduk Miri? Atau ada motif lain disebalik usaha dan niat menderma itu?

YA! Memang ada motif disebalik pemberian radio percuma berkenaan. Kita semua tahu pihak pembangkang di Sarawak telah melancarkan satu siaran radio berfrekuensi pendek yang dikenali sebagai Radio Free Sarawak (RFS). RFS dilancarkan dengan tujuan untuk menyebarkan serta memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan Sarawak kepada penduduk luar bandar yang tinggal di pedalaman. Pemberian radio percuma ini boleh dikatakan sebagai langkah untuk meluaskan lagi siaran dan menambahkan lagi pendengar disamping mengumpul seramai yang mungkin penyokong untuk menghadapi PRU-13 akan datang.

Tidak dapat disangkal lagi pemberian radio percuma kepada penduduk sekitar Miri ada kaitannya dengan RFS kerana dengan pemberian radio berkenaan, lebih ramai lagi penduduk di luar bandar dan di pedalaman dapat mendengar cerita karut RFS.



4 comments:

  1. Murah hatinyerr!!! kan best kalu sy dapat jugak...

    ReplyDelete
  2. Siaran RFS ni sukar disekat berikutan ia berpengkalan di luar negara. Siapa yang taknak terima barang free kan... sy melihat ini sbg win-win situation kepada penerima. Bila dah dpt radio free, apalah salahnya nak dgr siaran RFS tu. Pada mulanya mungkin mereka tidak dapat menerima dan juga membangkang isi penyampaian RFS (bagi penyokong BN), tetapi lama kelamaan, mereka akan termakan juga dengan kata-kata ni. Apatah lagi, kenyataan RFS seakan disokong dgn fakta-fakta yang meyakinkan. ini adalah antara kaedah bijak PKR untuk menyalurkan ideologi. Lagipun, sbg pendengar mereka tidak rugi apa-apa. Bagi saya, bukan lagi isu radio percuma kpd penduduk yang perlu kita bincangkan lagi, tetapi apakah isu yang sdg dimainkan di dlm RFS yg lebih penting.

    ReplyDelete
  3. TAIB MAHMUD DAN POLITIK SARAWAK

    Penulis mengusahakan satu projek hijau (zero effluent discharge for palm oil mill) di Sibu dan berkesempatan berinteraksi dengan businessman Sibu dan juga pegawai Kerajaan Sarawak. Negeri yang amat luas ini amat sukar untuk dibangunkan lebih lebih lagi apabila tiada peruntukan. Kerajaan Negeri terpaksa membuat `priority list’ untuk mengariskan projek projek yang perlu dijalankan menurut kepentingan dan bajet.

    Majoriti ahli perniagaan dan orang muda bangsa Cina yang saya temui tidak menyokong Taib Mahmud dan BN. Sebab utamanya Taib Mahmud telah terlalu lama berkuasa. Taib Mahmud kaya raya hasil rasuah dan menopoli perniagaan. Taib Mahmud gemar `menebang pokok balak’ atau anugerah lesen membalak dan tidak mengurus hutan dengan baik.

    Semasa menghadiri sebuah seminar di Bintulu, terdapat agensi kerajaan telah memberikan penerangan mengenai tugas jabatan dan kejayaan yang telah diperolehi. Penulis terperanjat dengan jabatan perhutanan Sarawak, Natural Resource dan 2 lagi agensi berkaitan yang mengurus hutan Sarawak dengan baik. Tahniah!!!. Penulis ingin menyatakan Taib Mahmud dan BN amat beruntung kerana pegawai pegawai Kerajaan adalah penyokong kuat Taib Mahmud dan BN. Mereka tahu dan percaya kepada usaha usaha Kerajaan memelihara hutan. Mereka perlu melakukan banyak lagi ceramah ceramah dan seminar di Semananjung Malaysia untuk menyatakan kebenaran. Tidak banyak maklumat kejayaan ini disalurkan di alam maya. Kerajaan Sarawak perlu atur strategi `pemutihan’ maklumat mengenai hutan Sarawak. Seminar tersebut mengubah presepsi penulis tentang Taib Mahmud dan beliau harus terus menerajui Sarawak untuk menghabiskan program kehijauan di Sarawak.

    Penulis ingin berkongsi maklumat dengan rakyat Sarawak dan Malaysia khasnya bahawa Taib Mahmud adalah symbol kestabilan di Sarawak dan ia penting kepada BN. Pakatan Rakyat mengimpikan perletakan jawatan Taib Mahmud dari jawatan Ketua Menteri. Jika ini berlaku ia akan batu loncatan untuk kemusnahan atau keruntuhan BN. Cina Sarawak yang berbilang `dialek’ amat kaya raya dan mempunyai empayer tersendiri. Mereka ini kayaraya hasil dasar perniagaan dan liberalisi Taib Mahmud dan Kerajaan Sarawak.

    Siapakah yang sesuai mengantikan Taib Mahmud di Sarawak?. Pada penulis, ramai yang berkelayakan di Sarawak seperti Abang Johari dan Awang Tengah. Tetapi mereka tidak mempunyai satu peluru iaitu kekayaan serta `networking’ meluas. Andaikata Abang Johari atau Awang Tengah mengantikan Taib Mahmud, ahli ahli perniagaan Cina yang kayaraya tidak akan `respect’ kepada pemerintah kerana Ketua Menteri baru tiada wang dan kekayaan. Perbincangan dan rundingan serta keputusan sukar dilaksanakan kerana `no respect’ dari ahli perniagaan. Ketua Menteri baru tidak boleh mengawal ahli perniagaan Cina ini dan ini memudahkan keruntuhan BN di Sarawak. Pada hakikatnya hanya Taib Mahmud dan anaknya akan mendapat `respect’ daripada ahli perniagaan Cina.



    Jesteru itu, BN harus tahu keadaan di Sarawak dan hanya pada ketika BN amat kuat di Malaysia, Taib Mahmud boleh bersara. Jika Taib Mahmud masih sihat, beliau perlu bertindak sebagai Ketua Menteri Kanan (seperti di Singapura). Sebaiknya anak Taib Mahmud dilantik menggantikan ayahnya. Ramai rakyat akan kata kroni, tetapi ia adalah terbaik untuk Sarawak dan BN.

    Bersambung....

    Ikhlas dari
    Nasirwise.b;ogspot.com

    ReplyDelete