Thursday, August 11, 2011

MoCS: Dapat Lampu Merah

Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan MoCS pada 13 Ogos hujung minggu ini telah mendapat "lampu merah" daripada pihak polis, kata ketua polis Kuching ACP Mun Kok Keong dan beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengikuti perhimpunan itu nanti. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan yang sewajarnya akan diambil kepada sesiapa yang mengikuti perhimpunan tersebut.

Francis Siah memohon permit

Akan tetapi, perhimpunan tersebut telah mendapat sokongan daripada Bersih yang telah menjemput Francis Siah dan Roland Sia (sebagai wakil MoCS) untuk mengikuti perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lepas. Malah Bersih dikatakan menggalakkan lagi MoCS untuk meneruskan perhimpunan tersebut sekalipun mendapat "lampu merah" dan kenyataan Francis Siah beberapa hari lepas perhimpunan tetap diteruskan jika tanpa permit atau beliau tidak dapat hadir. Beliau juga tidak kisah jika jumlah yang hadir pada perhimpunan tersebut tidak ramai kerana tujuan utama perhimpunan adalah untuk menyampaikan "10 point declaration" yang akan didedahkan pada 13 Ogos nanti.

Oleh kerana perhimpunan tersebut telah mendapat "lampu merah" daripada pihak polis, adalah diharapkan rakyat Sarawak tidak menghadiri perhimpunan itu bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa. Marilah kita rakyat Sarawak katakan TIDAK kepada MoCS!!!

No comments:

Post a Comment