Friday, May 3, 2013

Panasss: Bandar Kuching lenggang, peniaga mengeluh!

Sejak beberapa hari, bandar Kuching di dapati lenggang kerana di dapati tidak ramai yang keluar bersiar-siar seperti hari-hari biasa. Didapati juga bandar-bandar utama seperti Bintulu dan Miri mengalami situasi yang sama. Pekan-pekan kecil juga tidak terkecuali dengan fenomena ini dan yang paling teruk terjejas adalah para peniaga-peniaga yang bergantung dengan jumlah pelanggan untuk mengisi periuk nasi mereka.

Waterfront Kuching

India Street

Beberapa peniaga di bandaraya Kuching yang ditemui ternyata bimbang dengan fenomena ini dan rata-rata mereka mengeluh kerana hasil pendapatan mereka jatuh mendadak. Ada yang memberitahu mereka mengalami kerugian dan keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Seorang penjual burger di tepi jalan yang kebiasaannya mampu mengaut keuntungan sehingga RM600.00 satu malam sebelum ini hanya mampu mendapat kurang daripada RM100.00 sejak beberapa hari yang lepas. Situasi yang tidak pernah berlaku ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan harian mereka yang berniaga.

Stall burger sunyi tanpa pelanggan
Fenomena ini telah meninggalkan satu misteri yang tidak diketahui apakah punca pangkalnya. Yang paling mengejutkan didapati tempat-tempat seperti hospital mengalami kekurangan pesakit, jarang sekali berlaku. Pihak SPR Kuching juga merasa bimbang kerana dikhuatiri pada hari mengundi 5 Mei nanti jumlah peratusan keluar mengundi terlalu kecil dan menjejaskan keputusan undian di negeri Sarawak.

Kemanakah hilangnya penduduk negeri Sarawak???

3 comments:

  1. Org gik kerja lah ngek. Neyda masa nak kelua. Dah lah gaji lom masok. Gne nak kuar shopping. Nok hospital ya bulak gilak. Baruk marek aku g spetar, penoh jak org kat eia. Aduh ngenjen overdose gilak.

    ReplyDelete
  2. Nang antap blog tok.. Overdose mulak urg...

    ReplyDelete
  3. nang kck cara mulak urang.... mena ndak ka penjual burger ya dpt 600 tiap malam...

    ReplyDelete