Pada mulanya kemungkinan bulan Jun adalah dicadangkan tetapi setelah beberapa pihak dari Sabah dan Sarawak menolak cadangan tersebut disebabkan bulan tersebut Sabah dan Sarawak akan merayakan pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Jadual lawatan kerja Perdana Menteri pada bulan juga agak sibuk dimana bermula pada bulan Mei sehingga akhir Jun. Maka, adalah mustahil untuk mengadakan PRU-13 pada bulan Jun.
Kini, PRU-13 kemungkinan besar akan diadakan pada awal bulan September sahaja memandangkan selepas minggu pertama, ramai rakyat beragama Islam akan menunaikan haji. Jika diambil kira menurut penganalisis, awal bulan September dilihat amat sesuai kerana Perdana Menteri mungkin akan mengambil kesempatan beberapa faktor seperti mood gembira rakyat selepas Hari Raya dan semangat patriotik Hari Kemerdekaan. Selepas minggu pertama September, sudah tiada lagi tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya memandangkan beberapa perhimpunan yang harus diadakan salah satunya pembentangan bajet yang memerlukan persetujuan Dewan Rakyat.
Walaupun teka-teki bila tarikh PRU-13 akan diadakan, persoalannya sudah bersediakah parti-parti politik untuk menghadapi pilihanraya dan yang paling penting adakah kita rakyat Malaysia sudah bersedia untuk mengundi? Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, siap sediakanlah diri kita untuk membuang undi bila tiba masanya nanti.
MARILAH MENGUNDI!
No comments:
Post a Comment