Thursday, March 22, 2012

Bukan awal bulan Jun tetapi akhir bulan Jun

Berikutan daripada laporan akhbar The Borneo Post semalam yang mengatakan kemungkinan PRU-13 akan diadakan pada 3 Jun 2012 tetapi cadangan tersebut tidak disokong oleh beberapa pemimpin tempatan dan beberapa parti komponen BN di Sarawak. 

Cadangan tersebut dilihat boleh menjejaskan jumlah undi yang menyokong BN kerana pada tempoh berkenaan  Sabah dan Sarawak merayakan pesta Kaamatan dan Gawai. Ia juga boleh menjejaskan imej kerajaan disebabkan ia melibatkan sensitiviti kaum Dayak yang merayakan pesta Gawai dan bumiputera Sabah yang merayakan pesta Kaamatan.

Adalah diharapkan pihak kerajaan pusat, lebih-lebih lagi perdana menteri kita, untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan membuat keputusan yang lebih tepat serta tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN. Rakyat juga harus bertanggungjawab dengan bersiap sedia untuk mengundi dan kepada yang belum mengundi mendaftarlah secepat yang mungkin.

MARI KITA RAKYAT MALAYSIA TURUN MENGUNDI DI PRU-13 KELAK

No comments:

Post a Comment