Tuesday, August 3, 2010

Sarawak Semakin Moden (Part 2)



Bekalan Elektrik

Dahulu, bekalan elektrik amat terhad dan hanya orang yang mampu sahaja dapat menikmati bekalan elektrik. Apatah lagi di luar bandar dan kawasan pedalaman yang mana langsung tidak terdapat bekalan elektrik, cuma ada pelita, lampu gas dan lilin yang menyinari setiap rumah. Penggunaan pelita, lampu gas dan lilin amat berisiko kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan dan lebih teruk kebakaran. Ia juga boleh di anggap mahal memandangkan pelita dan lampu gas memerlukan minyak yang mana sumber minyak agak sukar didapati dulu. Pada 1 Januari 1963, SESCO mengambilalih peranan Sarawak Electricity Supply Company Limited untuk membekalkan bekalan elektrik. Kerja-kerja pembangunan bekalan elektrik giat dijalankan di bandar-bandar sahaja. Pembinaan empangan, pencawang dan bangunan baru untuk menampung bekalan semasa dan masa depan sangat diberi tumpuan. Empangan Batang Ai adalah punca utama bekalan elektrik yang mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985.

Kini, kerja-kerja pembangunan bekalan elektrik lebih bertumpu kepada membekalkan elektrik ke kawasan luar bandar dan pedalaman. Kampung-kampung kini kebanyakkannya sudah dibekalkan dengan bekalan elektrik. Bekalan elektrik yang dibekalkan juga lebih murah dan lebih selamat digunakan jika dibandingkan bila menggunakan cara tradisional. Siapnya Empangan Bakun juga dapat menampung beban Empangan Batang Ai yang uzur selain menampung keperluan bekalan elektrik untuk kegunaan industri-industri berat seperti perusahaan dan perkilangan. Aktiviti-aktiviti rakyat juga dapat dijalankan sehingga waktu malam secara tidak langsung membantu rakyat menjadi lebih produktif dari segi perniagaan contohnya. Secara keseluruhannya, rakyat di Sarawak sudah ramai menikmati bekalan elektrik lebih-lebih lagi di pedalaman dan luar bandar. Dan baru-baru ini juga, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan berkata RM1.75 bilion diperuntukkan kepada projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

  1. Sarawak 30 Years Of Independence Within Malaysia, 1993
  2. Sarawak Year Book, 1999, Lawrence Tseu
  3. Sarawak Moden Dan Progesif, Wawasan Taib, 1996, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Sarawak.
  4. RM3.25 bilion untuk bekalan elektrik, air luar bandar, 25/05/2010, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm

4 comments:

  1. Oleh kerana keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat, setiap penduduk di Sarawak terutama sekali di bahagian pendalaman dapat menikmati kemudahan asas yang telah disediakan.Seperti yang kita tahu, keadaan permukaan bumi Sarawak yang tidak rata jelas sekali memberi gambaran betapa susah untuk pihak berkuasa menyediakan bekalan elektrik kepada mereka, namun atas keprihatinan mereka, pelbagai usaha dijalankan untuk memastikan kemudahan tersebut sampai ke kawasan mereka.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan pendapat di atas tetapi masih banyak lagi yang boleh dilakukan demi rakyat

    ReplyDelete
  3. mungkin masih ramai lg yg belum dpt elektrik tp itu mungkin kerana kerajaan perlu memikirkn cara terbaik utk menyalurkan bekalan elektrik. kalau penempatan jauh di pedalaman adalah tidak praktikal utk menggunakan talian elektrik tetapi mungkin sesuai menggunakan teknologi moden seperti tenaga solar (kini agak mahal tetapi lebih mesra alam). banyak lagi cabaran yg dihadapi seperti bilangan rakyat dan penempatan baru kian meningkat saban tahun. ini juga mungkin menyebabkan jumlah bantuan yang diberikan menjadi tidak mencukupi.

    mr see bright side

    ReplyDelete
  4. Kita patut bersyukur terhadap keperihatinan pihak kerajaan terhadap rakyat,tambahan lagi projek ini sedang dilaksanakan secara usahasama oleh Malaysia-China Hydro Joint venture(MCHJV), sebuah gabungan diantara syarikat tempatan, Sime Darby,Malaysia dan dari china, china National water Resources and Hydropower Engineering Corp(CH WRH).

    ReplyDelete