Persoalan ini timbul apabila saya memikirkan bagaimanakah PKR Sarawak akan memerintah Sarawak jika mereka memenangi PR peringkat negeri akan datang. Adakah PKR Sarawak memerintah mengikut cara sendiri, kemampuan sendiri dan tanpa campur tangan dari mana-mana pihak? Atau adakah PKR Sarawak akan mengikut kata telunjuk PKR pusat yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim? Dua persoalan ini sering berlegar-legar dikotak minda saya sejak PKR mula bertapak di Sarawak. Bermottokan "Change We Must" ramai rakyat Sarawak sudah tertarik dengan perjuangan PKR yang dilihat mampu mengubah kehidupan mereka yang sederhana menjadi lebih baik. Sebilangan rakyat Sarawak sudah menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin PKR Sarawak. TETAPI... Sejauh manakah kemampuan PKR Sarawak dibawah pimpinan Baru Bian? Mungkin para pemimpinnya mampu... TETAPI... Adakah PKR itu sendiri sebagai sebuah parti politik mampu memerintah sebuah negeri yang terbesar di Malaysia?
Tidak kira parti mana yang disokong oleh rakyat Sarawak, segala keputusan dan jawapan adalah di tangan rakyat Sarawak sendiri kerana mereka sendiri yang akan memilih parti mana yang mereka lihat mampu memerintah dan membawa mereka jauh kehadapan (ekonomi, pendidikan & kemajuan).
P/s: Ini hanya pendapat semata-mata...
Tak ada bezanya PKR Sarawak dengan Semenanjung. Mereka hendak bawa ideologi politik semenanjung di sini. Guna orang tempatan yang gila kuasa untuk memenangi kerusi dalam pilihanraya. Orang Sarawak lebih suka politik yang tidak memecahbelahkan rakan dan taulan, waima berlainan bendera politik lepasnya, berbaik semula tapi sekarang susah nak lihat lepas pilihanraya kita bertegur sapa kembali, macam sik ada apa-apa berlaku. Mun dapat jangan kita hakiskan sikap kita saling bertegur sapa walau bendera sik sama. Budaya orang Sarawak perlu dikekalkan.
ReplyDeleteSebab tu lah org Swk jgn mudah terpedaya dengan kata kata PKR..takde beza nya Semenanjung dengan Sarawak..Kalau Swk di perintah oleh PKR, tentulah penunjuk tepat dia berasal dari sana..sama jugak..kita dah dok bawah satu payung dengan pemimpin yang dapat memimpin kita walau kat mana negeri pun kita dudok..PKR DAP PAS memerintah satu2 kawasan belom tentu dapat perintah satu negara...
ReplyDeleteSetakat bercakap dan berjanji, semua orang boleh buat. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Macam orang tengah bercinta, pelbagai janji manis ditabur selagi si wanita belum bukak seluar...hehehehe.
ReplyDeleteIce.