Wednesday, December 15, 2010

PKR Sarawak ibarat skim cepat kaya!!!

Kita semua sedia maklum bahawa Skim Cepat Kaya(SCK) adalah cara paling cepat mendapatkan pulangan yang lumayan. Pelbagai syarikat SCK telah timbul ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan" sejak 5-6 tahun yang lepas. Pada ketika ini, syarikat SCK sudah kurang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana sudah ramai yang mengetahui kebenaran disebalik skim tersebut. Tetapi syarikat SCK tidak pernah kering idea untuk mencari mangsa dan mengambil kesempatan keatas mangsa semata-mata untuk menggaut keuntungan untuk syarikat. Berita ini merupakan salah satu contoh cara syarikat SCK menggaut keuntungan dengan mengambil kesempatan atas kelemahan mangsa-mangsa mereka. Syarikat SCK berkenaan telah menjanjikan pulangan yang lumayan pada setiap bulan kepada sesiapa yang melabur dalam syarikat dan mereka dengan liciknya berjaya memperdayakan mangsa-mangsa secara profesional. Semua mangsa menyedari mereka telah ditipu setelah 2 bulan tidak menerima ganjaran yang dijanjikan...

PKR Sarawak, pula lebih kurang juga ceritanya... Ala-ala syarikat SCK juga... Menjanjikan bulan dan bintang, kepada rakyat Sarawak dan semakin ramai sudah terjerat dengan janji-janji manis para agen(pemimpin) PKR. Semakin hari, semakin hebat pulangan serta keuntungan dijanjikan kepada rakyat Sarawak jika mereka melaburkan undi mereka ke dalam PKR pada PR negeri akan datang. Rakyat Sarawak sudah kabur mata dan mula membayangkan apa yang mereka akan dapat jika pelaburan mereka dalam PKR nanti membuahkan hasil...


Gambar hiasan: Beginilah rupa pemilik syarikat SCK


Tetapi INGAT!!! Syarikat SCK (PKR) memang licik dan mahir dalam bisnes tipu menipu... Yang tak betul boleh jadi betul, yang mustahil boleh jadi kenyataan... Yang hitam legam boleh jadi putih telur rebus... Segala-galanya boleh jika PKR yang menjadi kerajaan... Sekali lagi INGAT!!! Sudah ramai yang menjadi mangsa syarikat SCK(PKR), kenapa perlu rakyat Sarawak ingin menambahkan jumlah statistik mangsa penipuan tahunan negara. Sebagai manusia kita sememangnya mempunyai kelemahan, tetapi kita mempunyai akal untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Jangan pula kita mudah terpengaruh dengan janji-janji manis serta pulangan yang lumayan kerana apa yang dijanjikan tidak 100% tertunai. Tanya kepada yang sudah tergolong dalam statistik mangsa penipuan tahunan negara, kerana mereka lebih mengetahui dan maha mengetahui. Syarikat SCK(PKR) melihat kita sebagai "pokok duit", dan bila duit dah masuk poket, kita akan dibiarkan begitu sahaja ibarat "habis madu, sepah dibuang"...


Kita ibarat "pokok duit"


Renung-renungkan lah...


3 comments:

  1. Harap-harap orang sarawak tak mudah tertipu dgn salesmen penipu.

    ReplyDelete
  2. SKim cepat kaya pun tak macam PKR..Kalau skim cepat kaya kena ambik masa 2 3 hari baru dapat..PKR ari ni apply kelmarin pn dah dapat dah..(bak kate Sami Vellu)..lagi cepat...suma tu bohong la..PKR tu sebenarnya nak suruh dia orang Pikri Rrrr sendiri..!!!

    ReplyDelete
  3. salesman cuma nak untung...

    anti-anuar

    ReplyDelete