Wednesday, March 16, 2011

Krisis Pakatan Rakyat Sarawak semakin ketara

Tidak lama lagi rakyat Sarawak akan mengundi, dan masing-masing sudah menetapkan pilihan masing-masing. Bakal calon belum lagi diketahui tetapi rakyat Sarawak sudah dapat menjangka siapa yang bakal akan dipertandingkan untuk kawasan masing-masing.

Itu bukan isunya sekarang, isu yang hangat adalah berlakunya krisis di dalam Pakatan Rakyat Sarawak, dimana parti-parti komponennya masing-masing ingin untuk mempertandingkan calon masing-masing di dalam DUN pilihan mereka mengikut kepentingan dan keupayaan parti di DUN tersebut. Tetapi yang peliknya, PKR telah membolot lebih setengah daripada 71 kerusi DUN yang ada. SNAP inginkan jumlah kerusi sendiri begitu juga DAP dan PAS. Masing-masing inginkan kerusi DUN... Dan menurut Baru Bian, Presiden PKR Sarawak, pembahagian kerusi DUN adalah tertakluk kepada perjanjian diantara parti-parti komponen pakatan. Cakap lain tapi yang berlaku lain... Nampak sangat PKR nak menurunkan 71 calon dalam PRN Sarawak nanti. Ada perjanjian pun tak akan menghalang keputusan diktator Anwar Ibrahim serta Azmin Ali untuk menakluk Sarawak demi kepentingan mereka sendiri.

SNAP pula pada minggu lepas sudah memberikan amaran kepada Pakatan Rakyat bahawa mereka akan keluar dari pakatan jika mereka tidak mendapat jumlah kerusi yang mereka inginkan dan menurut presidennya, Edwin Dundang, SNAP juga tidak mahu mengikut arahan ketua parti lain sedangkan mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa mengikut kata telunjuk pihak luar. Walaupun cuma amaran, tetapi mengikut angin dan situasi di dalam Pakatan Rakyat, saya boleh jangkakan SNAP akan keluar dari pakatan demi kepentingan parti yang ingin bertanding di DUN majoriti penduduknya Dayak.


Saya ingin menambah sedikit dengan mengucapkan BRAVO Edwin Dundang kerana berani memberi amaran kepada PKR...

1 comment: