Monday, March 28, 2011

RETAK!!! DAP vs PKR vs SNAP

Pasti hancur... Pasti lebur... Dan akan pasti menjadi debu yang berterbangan mengotori muka-muka pemimpin pembangkang... Apa yang dicanang-canangkan selama ini dan laungan-laungan slogan yang binggit memekak telinga hanya akan menjadi impian yang tidak tercapai. Walaupun hari yang dinanti-nantikan masih lagi jauh tetapi kenyataannya ia semakin dekat dan jam berdetik dengan laju, selaju jantung-jantung yang berdebar-debar menanti waktunya.

Reformasi!!! Change We MUST!!! Inilah slogan-slogan yang sering dilaung-laungkan oleh para penyokong parti PKR dan DAP. Slogan SNAP pula, saya belum dapat pastikan apakah slogan yang akan mereka laungkan. Tetapi yang pastinya, laungan-laungan slogan ini semakin hari, semakin berkurangan dan sedihnya laungan katak dan cengkerik lebih binggit di kala hujan dan malam menjelang... Apa yang sudah terjadi??? Segala perancangan, segala strategi, segala impian, segala pengorbanan dan segala mimpi akan menjadi mimpi saja dalam sekelip mata. Usaha demi usaha, perbincangan demi perbincangan tetapi belum lagi ada kata putus. Apa yang diperolehi hanya berlakunya pertelingkahan dan salah faham ataupun lebih tepat, tidak wujud lagi ikatan diantara parti komponen Pakatan Rakyat di Sarawak.

Apa yang dilaungkan kini adalah... Kami nak 54 kerusi!!!! Kami nak 24 kerusi!!!! Kami nak 20 kerusi!!!! Kami nak sapu habis kerusi!!! Sayang seribu kali sayang, jumlah kerusi yang ada hanya 71... Nak sayang pun susah, tak sayang pun susah... Ternyata sekali inilah dilema yang dihadapi Pakatan Rakyat Sarawak.

Gabungan serta kerjasama yang dikatakan mampu dan boleh meruntuhkan kerajaan BN Sarawak kini semakin goyah. Goyah digoyang-goyangkan oleh mereka sendiri... Harus kah kita rakyat Sarawak sedih??? Haruskah kita menangis??? Ataupun adakah ini yang kita mahukan??? Dan yang paling penting, apa yang harus kita sebagai rakyat Sarawak lakukan untuk negeri tercinta dan diri kita sendiri? Semua persoalan ini hanya dapat dijawab oleh diri kita sendiri.

Untuk maklumat lanjut sila klik sini, sini, sini dan sini...

No comments:

Post a Comment