Monday, March 14, 2011

Susulan Perjumpaan PONDAN tahunan...

Mungkin saudara dan saudari sudah mengetahui mengapa perjumpaan PONDAN tahunan pada Sabtu lepas diadakan. Tetapi saya hanya ingin mengulas satu dua perenggan sahaja tentang perjumpaan tersebut. Perhimpunan tersebut pun bukannya hangat sangat diperkatakan tetapi impak daripada apa yang dibincangkan semasa perhimpunan tersebut boleh menyebabkan runtuhnya hubungan kerjasama PKR dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Pertama, Baru Bian telah mengumumkan bahawa PKR akan menurunkan 52 calon untuk menghadapi PRN akan datang DAN SNAP hanya akan mendapat 5 kerusi untuk dipertandingkan di kawasan majoriti Dayak. Keputusan ini pasti akan merumitkan keadaan yang mana SNAP telah mengharap-harapkan 28 kerusi di kawasan majoriti Dayak. Kali ini saya dapat rasakan SNAP akan keluar dari Pakatan Rakyat kerana minggu lepas mereka telah memberitahu akan keluar dari Pakatan Rakyat jika permintaan mereka tidak dipertimbangkan. Pasti rapuhlah ikatan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat apabila berita ini menjadi buah mulut orang ramai nanti. Ketiadaaan persefahaman dalam Pakatan Rakyat memang sudah lama berlaku dan tidak di pandang serius oleh para pemimpin mereka. Akhirnya nanti akan memakan diri mereka sendiri kerana tidak mengambil berat masalah yang mereka rasakan remeh-temeh. NANTI KAU RASAKAN... Kalau dah berpecah takkan mudah untuk bergabung semula!

Kedua, buku jingga... Tak laku kot... Pasal itu lah dibawa kesini untuk dipromosikan semasa berkempen untuk menghadapi PRN akan datang. Pasti orang ramai akan tertanya-tanya apakah itu "buku jingga"... Agak-agaknya macam buku 555 (buku hutang) itulah "buku jingga". Hmmm....

Dibawah ini saya sertakan sedikit, gambar-gambar semasa konvensyen tersebut pada hujung minggu yang lepas.






No comments:

Post a Comment