Friday, April 15, 2011

MAKSUD SEBALIK MASKOT DAP

Hahahaha... Siapa pernah lihat/tengok maskot DAP??? Siapa pernah sila letak komen... Hahaha... Maskot DAP sempena PRDUN Sarawak ke-10 membawa banyak maksud. Mari kita lihat gambar maskot DAP dibawah... Mari...

DAP - Distacted Airhead Politicians
Jika kita memerhati gambar maskot DAP secara tidak terperinci, memang sudah banyak maksud untuk kita simpulkan mengikut kefahaman dan pengetahuan masing-masing. Di sini saya hendak merungkai maksud yang boleh dikatakan antara mesej yang disampaikan oleh maskot tersebut. Maksud-maksud atau mesej yang disampaikan adalah berkaitan dengan politik sahaja.
  1. MULUT BESAR - Ini menunjukkan mereka yang terlibat hanya pandai bercakap besar dengan menabur janji-janji kosong kepada rakyat. Ia juga menunjukkan kegelojohan atau nafsu golongan yang terlibat untuk melahap segala kekayaan negeri yang diperintah atau bakal diperintah. (Contoh: Pulau Pinang & Selangor)
  2. KEPALA KECIL - Ini bermaksud mereka yang terlibat tidak mempunyai tahap pemikiran yang luas dan lebih berfikiran pendek. Secara lojik kepala kecil bermaksud otak pun kecil. Maka, kapasiti untuk berfikir juga amat terhad dan tidak dapat berkembang.
  3. SAYAP & EKOR KECIL - Ini menunjukkan mereka yang terlibat tidak mempunyai wawasan dan cita-cita tinggi. Tidak mempunyai kemampuan untuk memajukan diri serta rakyat. Tidak dapat membawa rakyat ke arah masa depan yang cerah. Mengikut anatomi burung yang normal, sayap dan ekor seekor burung harus lebih besar manakala badannya pula lebih kecil. Ini kerana sayap dan ekor merupakan anggota badan yang paling penting bagi seekor burung iaitu untuk terbang tinggi dan menuju satu destinasi.
  4. KAKI PENDEK - Ini bermakna DAP tidak dapat membawa kita ke satu arah masa depan yang lebih jauh dan cerah. Kalau pun dapat, ia memerlukan masa yang lama dan ia juga berkait rapat dengan deskripsi seperti dinyatakan diatas. Dan mengikut anatomi burung normal, kaki juga memainkan peranan penting untuk membantu seekor burung terbang dan mendarat dengan selamat. Ini menunjukkan DAP tidak dapat menjamin masa depan yang baik kepada rakyat khususnya di Sarawak.
Kesimpulan dari pemerhatian kita ini, boleh dikatakan DAP adalah satu parti yang tidak berkemampuan dan tidak berwawasan. Masa depan rakyat berada dihujung tanduk jika mereka menyokong para pemimpin DAP tidak kira bangsa dan agama. Akan tetapi, setiap individu ada hak dan terpulanglah siapa yang mereka pilih asalkan ia berbaloi. ADAKAH IA BERBALOI???

P/s: Sila tambah maksud/mesej maskot, jika ada... Heheheh...

1 comment:

  1. sebenarnya DAP ni nak lari lari PKR sebab tu dia cuna nak guna maskot ini dan tidak mahu guna maskot roket. maskot roket tuk di malaysia barat jerk.. nak terus terang takut pasai nak jaga hati anuwarrrr tu.. tengok la kalau dorang kalah nanti.. gerenti dorang akan terbang tinggi meninggalkan PKR... huhuhuhu.. Pas pulak tentu akan guna warna hijau je dan tidak mahu guna bulan lagi sebab PKR dah belah bulan mereka.. mereka pun nak lari jugak tu

    ReplyDelete