Perhimpunan Bersih 2.0 akan diteruskan pada 9 Julai nanti walaupun telah diberi amaran oleh pihak polis yang mengatakan perhimpunan tersebut tidak mendapat permit dan diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram.
Perhimpunan tersebut menurut Bersih adalah demonstrasi aman yang dikatakan akan disertai lebih kurang 200,000 orang, berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara. Pada tarikh yang sama juga, Perkasa dan Pemuda UMNO akan mengadakan perhimpunan mereka sendiri bagi membantah usul yang dibawa oleh Bersih pada perhimpunan tersebut kelak.
Berikutan daripada keputusan Bersih untuk meneruskan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa penganalisis politik melihat ia adalah sebagai langkah penganjur untuk mengekalkan momentum pihak pembangbang bagi menghadapi Pilihanraya Umum kelak. Menurut pensyarah Sains Politik UiTM Dungun, Asri Salleh, pihak penganjur ingin memguji populariti atau sambutan yang ditunjukkan oleh orang awam selain menanam perasaan benci terhadap kerajaan. Ia juga dilihat sebagai langkah untuk mencabar undang-undang yang sedia ada dan beliau juga mengatakan agenda pihak penganjur adalah untuk mengadakan perhimpunan besar yang boleh mendatangkan masalah besar.
Perhimpunan tersebut juga dikatakan akan mengundang masalah walaupun pihak penganjur memberikan jaminan bahawa ia tidak akan mendatangkan masalah memandangkan ia merupakan perhimpunan aman. Tetapi Asri menolak jaminan tersebut mengatakan jika dua atau lebih kumpulan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama, adalah mustahil mengatakan ia akan berjalan lancar seperti yang dirancang.
Oleh itu marilah kita...
KATAKAN TIDAK KEPADA BERSIH!!!
SAY NO TO BERSIH!!!
No comments:
Post a Comment