Tuesday, June 21, 2011

RAKYAT SARAWAK DIMINTA UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Baru-baru ini, rakyat Sarawak yang bekerja/menetap di sekitar bandaraya Kuala Lumpur atau yang merancang untuk berkunjung ke situ telah diminta untuk menjauhkan diri perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti. 


Perhimpunan tersebut yang dijangka akan dihadiri lebih kurang 200,000 orang penyokong Bersih akan berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara. Perhimpunan Bersih 2.0 tersebut juga bakal berhadapan dengan lebih kurang 100,000 penyokong Perkasa yang turut sama melakukan perarakan sebagai langkah membantah perhimpunan tersebut. Situasi tersebut telah menyebabkan Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot menasihatkan rakyat Sarawak yang berada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk menjauhi kawasan-kawasan yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, jika perhimpunan tersebut terus diadakan maka tidak mustahil jika demonstrasi aman bertukar menjadi rusuhan berdarah diantara kedua-dua penyokong. Beliau juga merujuk kepada perhimpunan aman yang bertukar ganas telah berlaku di Mesir, Syria dan Libya mungkin akan berlaku pada perhimpunan Bersih 2.0 kelak.

Perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat sokongan lebih daripada 60 NGO dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah menunjukkan minat untuk menyertai perhimpunan itu kelak. Walau apa pun, perhimpunan tersebut telah mendapat lampu merah dari pihak polis kerana risikonya terlalu tinggi dan adalah diharapkan kepada rakan-rakan(rakyat Sarawak) agar tidak melibatkan diri dalam perhimpunan itu kelak. 

No comments:

Post a Comment