Monday, July 4, 2011

KENAPA TAK BERSIH...!!!


Semalam Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan perhimpunan haram anjuran Bersih yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Tuanku Mizan juga mengakui mengikuti perkembangan tentang perhimpunan tersebut dimana Bersih akan menyerahkan memorandum kepada YDP Agong dan memantau bagaimana kerajaan lebih-lebih lagi agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan berkenaan menangani isu tersebut.

Tuanku Mizan juga yakin kerajaan pimpinan Dato' Sri Mohd Najib dapat mengendalikan isu tersebut dengan baik. Selain itu, Tuanku Mizan telah menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan dasar demokrasi bagi menjalankan perhimpunan seperti Bersih 2.0, kerana amalan negara lain tidak dapat diikuti bulat-bulat oleh rakyat negara ini memandangkan kestabilan dan keharmonian adalah asas sesebuah negara yang harus dijaga oleh semua pihak.

Menurut Tuanku Mizan lagi, perhimpunan jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun tujuan asalnya adalah baik. Sebaliknya Tuanku Mizan menegaskan bahawa rakyat harus memberikan perhatian terhadap objektif utama untuk memajukan negara dan tidak menimbulkan kekacauan yang boleh membantutkan pembangunan.

Untuk maklumat penuh klik sini.

No comments:

Post a Comment