Tuesday, July 26, 2011

PERHIMPUNAN MoCS BAKAL MENCEMARI BULAN RAMADHAN

Bulan Julai sudah menghampri ke penghujungnya dan bulan Ogos akan tiba menunjukkan bermulanya perjuangan umat Islam seluruh dunia untuk berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Kebiasaannya ketika umat Islam berpuasa mereka dikehendaki untuk menjauhi segala godaan, dosa dan kejahatan selama sebulan selain dari menahan lapar di siang hari. Dan jika seseorang umat itu melanggar peraturan atau hukum-hukum semasa berpuasa walaupun sekecil mana pun kesalahan tersebut maka "batal" puasa mereka.
Kebetulan pula pada bulan Ogos ini iaitu pada 13 haribulan akan wujud satu godaan paling besar kepada semua rakyat Sarawak di sekitar bandaraya Kuching terutama sekali warga yang beragama Islam yang sedang berpuasa. Godaan yang dimaksudkan adalah perhimpunan/perarakan "Walk for Democracy & Reforms" yang dianjurkan oleh MoCS. Presidennya, Francis Siah telah memberikan jaminan bahawa pada perhimpunan itu nanti akan berjalan secara aman dan pihak polis telah digalakkan untuk memberikan kerjasama bagi melancarkan lagi perhimpunan/perarakan tersebut. Pada perhimpunan itu kelak para peserta juga digalakkan untuk memakai baju berwarna "merah" untuk menunjukkan sokangan terhadap perjuangan yang dibawa. 

Akan tetapi, adakah jaminan presiden MoCS tersebut boleh dijadikan sebagai taruhan oleh pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan diteruskan? Jika dilihat pada perhimpunan Bersih yang lepas jaminan yang sama telah diberikan oleh pihak penganjur tetapi ada sesetengah pemimpin politik pro-pembangkang ingkar dan menimbulkan kekacauan dibeberapa kawasan perhimpunan. Perhimpunan seperti ini juga tidak lari dari laungan-laungan slogan anti-kerajaan dan tidak kurang juga kata-kata kesat akan diluahkan bagi menunjukkan protes dan semangat perjuangan. Secara langsung, semua perkara/godaan yang telah disebut  boleh dikatakan tidak menghormati bulan ramadhan yang sepatutnya dilalui dengan kemulian sepanjang bulan untuk yang beragama Islam.

Tetapi lain pula ceritanya dalam artikel ini yang mengatakan sebaliknya. Adalah diharapkan semua rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama agar tidak mudah terpengaruh dengan godaan dari golongan yang mempunyai kepentingan sendiri. Juga diharapkan pada bulan Ramadhan ini tidak akan berlaku sebarang kekecohan dan gangguan kerana ini akan mencemarkan bulan mulia selain dari tidak menghormati bulan Ramadhan.

2 comments: