Wednesday, July 6, 2011

KOTOR 2.0 DI KUCHING???


Menurut Wong Ho Leng, DAP Sarawak akan mengadakan perhimpunan di bandaraya Kuching pada 9 Julai ini bagi memberikan sokongan kepada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada hari yang sama. Kesemua 12 orang ADUN dari parti DAP akan mengikuti perhimpunan tersebut yang akan diketuai oleh Wong Ho Leng sendiri.

Selain itu, beliau menuduh pihak polis akan mengumpul "101 Alasan" untuk menahan mereka yang terlibat di dalam perhimpunan itu nanti. Walaupun telah dilarang untuk mengadakan perhimpunan dan menggunakan baju berwarna kuning pada hari tersebut, kesemua 12 ADUN DAP akan tetap meneruskan hasrat mereka itu. Wong menegaskan bahawa perhimpunan mereka akan dijalankan mengikut undang-undang dan akan berlangsung "sebersih-bersihnya" bagi mengelak daripada pihak polis menahan mereka pada hari perhimpunan itu nanti. Beliau juga dengan bangganya mengatakan pihak DAP akan mencari jalan bagi menepis "101 Alasan" yang dikatakan akan digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka.

Perhimpunan yang sama juga akan diadakan di bandar-bandar utama di Sarawak di Sibu, Bintulu dan Miri. Akan tetapi, melalui pemantauan yang dilakukan agak sukar untuk melihat ramai rakyat Sarawak yang akan menghadiri perhimpunan tersebut memandangkan rakyat Sarawak terkenal dengan sikap sayang mereka kepada keamanan dan kedamaian sesama kaum. Perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang yang diura-urakan akan dihadiri beribu-ribu rakyat Sarawak tetapi sebaliknya hanya segerombolan kecil sahaja yang timbul dan lantang memburuk-burukkan kerajaan. 

Oleh itu, rakyat Sarawak diseru untuk terus menanam sikap cintakan keamanan dan kedamaian sesama kaum. 

No comments:

Post a Comment