Wednesday, July 20, 2011

13 OGOS, BUKAN KUNING TAPI MERAH

"Rally for democracy and reforms" itulah nama perhimpunan yang bakal diadakan di bandaraya Kuching pada 13 Ogos bulan depan. Menurut presiden MoCS, Francis Siah, perhimpunan tersebut akan diteruskan dan akan diadakan di Padang Merdeka atau Kuching Water Front sebelum para perserta berarak ke Reservoir Park atau perkarangan Muzium Negeri.


Dalam perhimpunan itu nanti para perserta digalakkan untuk memakai baju berwarna MERAH sebagai simbol untuk menunjukkan protes bagi mendesak KM Sarawak untuk meletak jawatan. Perhimpunan yang pada asalnya diberi nama "Perhimpunan Anti-Taib" telah diubah bagi meniru perhimpunan Bersih yang dianggap berjaya oleh para pemimpin pembangkang dan pihak NGO yang pro-pembangkang. Adakah penukaran nama perhimpunan tersebut adalah untuk menumpang glamour perhimpunan Bersih yang menarik perhatian seluruh dunia?? 

Mungkin "rally for democracy and reforms" lebih dilihat tidak menjurus kepada keganasan jika dibandingkan dengan "Perhimpunan Anti-Taib". Tetapi ia tidak lari dari tujuan utamanya yang masih lagi sama iaitu mendesak KM Sarawak untuk meletakkan jawatan dengan segera dan perhimpunan ini telah mendapat sokongan dari pemimpin pembangkang tempatan. 

Menurut Francis Siah, beliau telah memberikan jaminan kepada pihak berkuasa bahawa perhimpunan tersebut akan berjalan secara aman dan bebas dari sebarang keganasan. Kebiasaannya jika perhimpunan yang bertujuan untuk mengguling seseorang pemimpin akan bertukar warna dari putih kepada merah dan kebetulan pula warna baju yang digalakkan untuk dipakai sempena perhimpunan tersebut juga berwarna MERAH! Adakah ini petanda awal akan berlakunya perhimpunan yang akan berakhir dengan keganasan walaupun telah diberi jaminan ia akan diadakan secara aman. 

Walau apapun adalah diharapkan agar rakyat Sarawak janganlah terlalu mudah untuk mempercayai kata-kata orang yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai tujuan dan agenda mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment