Wednesday, May 15, 2013

PRN Sarawak 2016: Anggota Kelab Penyokong BN Sarawak Buat Persiapan

KUCHING, 14 Mei (Bernama) -- Kelab penyokong Barisan Nasional (BN) Sarawak akan terus membantu rakannya daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), terutama dalam membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang, kata pengerusinya Abdullah Saidol.

Abdullah, yang juga ketua setiausaha politik kepada ketua menteri, berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) BN akan memberi fokus terhadap keharmonian hubungan antara 40 kumpulan etnik di negeri ini, yang menjadi teras pembangunan dan kemajuannya sejak sekian lama, agar tiada mana-mana masyarakat terasa dipinggirkan kerajaan.

"Kami harap, sejajar dengan manifesto BN, peruntukan pembangunan yang dijanjikan, akan diberi untuk menunjukkan bahawa kerajaan bersikap mengambil berat dan memudahkan tugas kami di kawasan masing-masing pada pilihan raya negeri akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pra persidangan dewan undangan negeri di bangunan Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya di sini.

DUN Sarawak dengan 71 anggota, yang berakhir penggalnya pada 2016, akan bersidang mulai Isnin ini hingga 29 Mei.


Mengenai pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan BN memenangi 25 daripada 31 kerusi parlimen, kalah enam kerusi yang ditandingi SUPP, beliau berkata BN negeri perlu bekerja lebih keras untuk merampas kembali kerusi bandar seperti Bandar Kuching, Miri, Sibu, Sarikei, Stampin dan Lanang.


Abdullah berkata anggota kelab itu menolak tindakan pembangkang mengadakan perhimpunan haram bagi membantah keputusan PRU13 atau terpengaruh dengan kejadian di semenanjung yang boleh menimbulkan perasaan curiga dalam kalangan pelbagai kaum di Sarawak.


Beliau yakin masyarakat Cina di Sarawak tidak menolak BN sepenuhnya walaupun terdapat beberapa Bumiputera yang menyokong pembangkang seperti yang dipamerkan oleh keputusan PRU13 pada 5 Mei.


Berikutan prestasi cemerlang anggota parlimen Sarawak, beliau berharap kerajaan persekutuan menimbang melantik mereka sebagai menteri penuh atau timbalan menteri, terutama berkaitan pembangunan luar bandar.


-- BERNAMA

1 comment:

  1. Eloklah begitu.Jgn hangat tahi ayam jadilah.Jgn spt PRU13,muka2 yg kononnya bersemangat membantu ranting2 PBB di seluruh negeri tidak kelihatan.Ketua pemuda n ranting serta petugas2 muda tempatan saja kelihatan.Kelibat "orang besar parti" entah kemana.Selepas menang barulah terhegeh2 menampil diri.I lost my respect for such persons.

    Jika tiada perubahan dibuat jgn harap mudah nak menang PRN Swak akan datang.Jgn menuding jari kpd org.Cermin dulu diri kita.Ada buat rancangan?ada program mendekati rakyat?ada aktiviti utk belia?

    Kalau sekadar main futsal,makan sembang,pemimpin bersama rakyat,gotong royong,pertandingan karaOK,...tak payah buatlah.Rakyat dah muak dgn program2 ulang tayang begini.Kalau setakat program2 begini pelajar T6 pun boleh buat (dgn lebih baik).

    Pemimpin2 kenalah 'pecah kepala' memikirkan program2 yg lebih berkesan yg memberi impak kpd kumpulan sasar.

    Luahan saya cuma nak mengingatkan sdr2 pemimpin PBB yg ada kuasa supaya sentiasa peka dgn keadaan yg melanda kita."Bread and butter" masih relevan bagi kami di luar bandar.Saya beterima kasih kpd PM yg banyak menghulur bantuan spt BR1M,peruntukan utk jln raya,letrik dan sebagainya.Kerajaan negeri wajib tampil dgn rancangan2 yg lebih menyakinkan rakyat.Rakyat di pedalaman tak tau tentang SCORE,mereka tak teruja dgn SCORE.Sebab: mereka belum atau tidak merasai habuannya.Jgn marahkan mereka.Rakyat belum faham lagi.Ketua2 kaum pun tak faham walaupun kerap kali diberi taklimat.

    Eloklah Sdr Abdullah mula bergerak di seluruh negeri berjumpa dan bertanya berita,meninjau dan mendengar rintihan penyokong2 BN.Saya yakin dgn berbuat demikian sdr akan lebih mendegar denyut hati ahli2 PBB.Masa masih ada.

    Tunaikan janji2 dlm manifesto BN.Jgn berlengah.Kalau tak bermula sekarang bila lagi.Tunggu lepas raya?tunggu ada persidangan?Buat SEKARANG.

    ReplyDelete