Tuesday, April 5, 2011

DOMINIQUE NG MEMBAWA DIRI

Hari ini kita telah mendapat satu berita baik! Amat baik hinggakan ramai yang menitiskan air mata kegembiraan. Amat baik sehingga ramai yang terharu dengan tindakan beliau. Amat baik kerana ia telah mengurangkan sokongan terhadap PKR Sarawak. Amat baik kerana seorang pemimpin sudah sedar dari mimpi indah beliau. 


Gambar diambil dari FreeMalaysiaToday
Dominique Ng, telah mengumumkan beliau telah keluar parti meninggalkan PKR. Ini merupakan satu tindakan yang amat berani kerana pada saat-saat akhir beliau telah membuat keputusan ketika kemuncak penamaan calon yang diadakan esok. Keputusan beliau pasti telah mencacatkan strategi dan pelan PKR dalam menghadapi PRDUN yang ke-10 pada minggu depan. 

Dominique Ng membuat keputusan tersebut atas kerana tindakan pihak atasan PKR tidak memberitahu beliau tentang pertukaran kerusi dengan DAP. PKR telah mengambil kerusi Batu Lintang dan memberikan DAP kerusi Padungan (kerusi yang dimenangi beliau pada PRDUN 2006). Kedua, beliau telah diketepikan dari senarai calon yang akan bertanding pada PRDUN akan datang. Oleh sebab-sebab ini beliau merasakan pihak atasan PKR telah menikam beliau dari belakang dan kesetiaan beliau tehadap parti telah dikhianati oleh pihak atasan.
Gambar diambil dari FreeMalaysiaToday

Mengapa baru kini beliau sedar, sedangkan selama ini begitu banyak masa dan tenaga beliau untuk sebuah parti yang tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan apa yang dijanjikan. Mengapa baru kini beliau sedar bahawa PKR sememangnya sudah terang-terangan menikam ramai ahli-ahlinya dari belakang. Dan mengapa sekarang, pada saat-saat kritikal ini beliau membuat keputusan drastik ini. Tetapi mungkin ia belum lagi terlambat untuk beliau sedar dari mimpi, dan mungkin inilah peluang beliau untuk benar-benar memperjuangkan prinsip beliau.

Namun bagaimanakah kesudahannya nanti, hanya selepas keputusan PRDUN diumumkan nanti akan menentukan halatuju dan masa depan beliau. Untuk maklumat lanjut sila klik sini dan sini.

No comments:

Post a Comment