Kepala batu!!! Kepala batu!!! Kepala batu!!! Otak kat kepala lutut!!! Otak kat bontot!!! Tak ada otak!!!
Adakah ini yang bermain difikiran Baru Bian serta para pemimpin PKR yang lain, hanya mereka sahaja yang tahu. Tinggal 5 hari lagi sebelum hari penamaan calon yang bakal bertanding di 71 kerusi DUN Sarawak yang akan diadakan pada 6 April 2011. Tetapi sehingga hari ini, SNAP dan PKR masih belum mendapat jalan penyelesaian dalam pembahagian kerusi di antara kedua-dua parti.Yang pastinya, SNAP akan tetap dengan keputusan mereka untuk menurunkan calon-calon mereka di kawasan majoriti kaum Dayak kerana mereka percaya mereka lah yang paling layak untuk bertanding di kawasan tersebut. Mereka percaya mereka mempunyai kemampuan untuk memenangi hati pengundi kaum Dayak. Mereka percaya mereka lebih memahami kemahuan pengundi kaum Dayak. Mereka percaya mereka mampu melakukannya. Kepercayaan inilah yang telah menjejaskan hubungan kerjasama antara SNAP dan PKR. Jika masih belum ada kata putus antara kedua-dua parti, dijangkakan SNAP akan membelakangi PKR dan membawa diri untuk memperjuangkan apa yang mereka fikirkan relevan untuk rakyat Sarawak khasnya untuk kaum Dayak.
Menurut Baru Bian, kemelut diantara PKR dan SNAP akan diselesaikan sebelum atau pada 4 April nanti. Walaupun DAP, PAS dan PKR sudah menemui jalan penyelesaian dengan DAP akan bertanding di 15 kerusi dan PAS 5 kerusi. Hanya tinggal 51 kerusi lagi yang perlu dibahagi diantara PKR dan SNAP. Adakah baki kerusi DUN tersebut akan dibahagi 2 sesama kedua-dua parti? Ataupun adakah SNAP tetap berkeras untuk turun bertanding di 40 kerusi dan selebihnya untuk PKR? Atau kedua-dua parti mengeraskan kepala masing-masing dengan turun padang dan bergelut sesama sendiri?
Walau apapun keputusan PKR dan SNAP nanti, apa yang pasti adalah Pakatan Rakyat masih belum dapat bekerjasama diantara parti komponen dan masalah ini pasti menghantui Pakatan Rakyat sehingga hari pembuangan undi nanti. Untuk maklumat tambahan sila klik sini dan sini
Gambar dari: http://wargamarhaen.blogspot.com |
No comments:
Post a Comment