Saturday, April 2, 2011

ADOI... SAKIK KEPALALA...

Sakit kepala... Sakit hati... Sakit jantung... Apa jenis penyakit semua dia sapu... Sungguh menyedihkan dan sungguh tidak mengejutkan...
Semua orang sudah menjangkakannya akan berlaku, tiada apa yang baru dan tiada apa yang menimbulkan kontroversi. Segala yang berlaku adalah akibat sikap ego yang terlampau dan tidak mahu mengalah. Masing-masing membawa "biji" dengan penuh ego semasa di meja rundingan. Akhirnya ego "biji" itu telah memakan diri dan itu lah yang menimpa insan yang malang, Baru Bian, presiden PKR Sarawak kerana tidak mahu menerima atau mengalah dengan permintaan SNAP. Walaupun sudah beberapa kali berunding, tetapi ego "biji" yang terlalu besar telah membantutkan dan menghalang sebarang kata putus untuk dicapai.

SNAP pula, dengan slogan mereka "Agi Idup, Agi Ngelaban" yang selaras dengan perjuangan mereka untuk membawa kaum Dayak ke arah masa depan yang lebih cerah, telah mengambil keputusan untuk mengumumkan 27 calon bakal bertanding di kerusi yang majoriti penduduknya kaum Dayak. Slogan yang yang diumumkan oleh SNAP beberapa hari yang lalu, bakal dilaung-laungkan oleh para pemimpin SNAP apabila masa berkempen nanti. Pasti slogan ini lebih hebat dari slogan-slogan parti komponen Pakatan Rakyat. Reformasi!!! Change We MUST!!! Jom Ubah!!! Itu lah slogan PKR dan DAP yang sering kedengaran. Itu dulu, tetapi sekarang Agi Idup, Agi Ngelaban akan bakal mengegarkan "biji-biji" pemimpin PKR yang berkemungkinan besar akan berhadapan dengan calon dari SNAP.

Saya menjangkakan, SNAP akan mengeraskan "biji" mereka untuk menurunkan lebih ramai lagi calon untuk bertanding di kerusi yang selebihnya. Semua ini bukan salah SNAP tetapi ini silap PKR. Saya tidak kisah apa yang bakal berlaku pada kedua-dua parti tetapi saya cuma mahu tahu apa kesudahannya.

Untuk maklumat tambahan sila klik sini.

2 comments:

  1. sy telah link kan blog tuan di blog sy..harap tuan dapat link kan blog sy di blog tuan

    tq

    http://malaydelima.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Malaysia Post,

    link blog tuan sdh sya link kan

    welcome

    ReplyDelete