PKR tidak cukup kuat pada PRDUN Sarawak yang lepas. Kekurangan sokongan kewangan, jentera pilihanraya yang lemah dan kekurangan sokongan dari pengikut adalah antara punca-punca kekalahan teruk PKR dalam PRDUN yang lepas.
Gambar Hiasan (FreeMalaysiaToday) |
Bukan saya kata, tapi Chong Chieng Jen yang katakan. Chong yang telah memenangi kerusi Kota Sentosa pada PRDUN yang lepas juga mengatakan PKR sepatutnya tidak menurunkan 49 calon sebaliknya patut dikurangkan. Jelas beliau lagi, Baru Bian sendiri telah mengaku akan kelemahan dan kekurangan yang dihadapi PKR sepanjang masa berkempen sempena PRDUN lepas. Menurunkan 49 calon untuk menghadapi pilihanraya lepas telah menyebabkan sokongan kewangan PKR membebankan parti seterusnya menampakkan kelemahan parti.
Chong juga menyatakan bahawa sebelum hari pilihanraya lagi DAP juga telah bercadang untuk turut bertanding di Bengoh dan Balai Ringin tetapi PKR berkeras menghalang hasrat mereka untuk menurunkan calon. Alasan PKR adalah mereka mempunyai sokongan kewangan yang kuat dan mampu memenangi dua kerusi tersebut. Menurut beliau lagi, hasrat DAP untuk menurunkan 18 calon telah dihalang oleh PKR, 16 calon pun dihalang dan akhirnya 15 calon sahaja yang dibenarkan untuk bertanding. DAP akur dengan keputusan PKR tersebut dengan alasan menjaga kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.
Jika dilihat dengan teliti, boleh dikatakan Pakatan Rakyat adalah satu formula kesepakatan untuk menjadi Ketidakpakatan Rakyat. Dan kenyataan Chong Chieng Jen serta Baru Bian sendiri telah membuktikan formula selama ini mampu mengugat BN di Sarawak adalah satu formula KEGAGALAN yang terbukti sah pada PRDUN lepas. Akan tetapi, kelemahan Pakatan Rakyat tersebut bukanlah tiket untuk wakil BN untuk goyang kaki. Seharusnya ia menjadi pendorong untuk membuktikan kepada rakyat bahawa BN adalah parti yang mempunyai keupayaan dan pengalaman untuk menyatukan rakyat seterusnya memajukan negara ke arah masa depan yang cerah. YAKIN BOLEH BN!!!
Tak percaya??? Baca sini...
Tak percaya??? Baca sini...
No comments:
Post a Comment