Walaupun PRU akan datang belum lagi ditentukan tarikhnya, tetapi DAP telah mengorak langkah bagi meluaskan sokongan rakyat terhadap parti mereka sebagai persediaan untuk menjatuhkan BN di Sarawak. Ia juga dilahat sebagai salah satu cara DAP untuk menukar persepsi rakyat yang mengaitkan parti berkenaan sebagai "parti Cina". Bagi mengubah persepsi tersebut, DAP telah mendapat jalan untuk mengikis tanggapan berkenaan dengan memberikan cadangan untuk bergabung dengan SNAP pada bulan lepas tidak lama selepas PRN Sarawak ke-10 menutup tirai.
Gambar hiasan |
Cadangan tersebut telah dikemukakan oleh Lim Kit Siang sendiri kepada presiden SNAP Edwin Dundang yang bertujuan untuk meraih sokongan daripada kaum Dayak di Sarawak. Ia juga dikatakan sebagai langkah untuk mendekatkan DAP dengan kaum Dayak di Sarawak selepas mendapat kemenangan yang menyakinkan pada PRN yang lepas. Kemenangan tersebut yang menunjukkan di beberapa tempat DAP sudah mendapat sokongan daripada kaum Dayak seperti di Bawang Assan, Simanggang, Meradong, Repok, Dudong, Senadin dan Piasau.
Selain itu, menurut DAP, ia juga merupakan salah satu cara untuk SNAP menstrukturkan semula parti selepas mengalami kekalahan yang memalukan pada PRN lepas. Dan jika cadangan DAP tersebut dipersetujui oleh SNAP, maka ia akan membuka jalan kepada DAP untuk memperluaskan pengaruh parti ke kawasan parlimen yang berpenduduk majoriti kaum Dayak terutama di Mas Gading, Mambong, Serian dan Sri Aman. DAP juga telah merangka satu pelan 5 tahun untuk turut bertanding di Opar, Bengoh Tarat dan Balai Ringin.
Disamping itu, DAP percaya untuk memperolehi kredibiliti dan penghormatan dikalangan pengundi luar bandar, mereka harus bergabung dengan SNAP bagi mencapai target mereka.
Tetapi sejauh manakah cadangan tersebut akan direalisasikan, ia masih lagi diperingkat perbincangan. Yang menjadi persoalannya, mungkinkah melalui gabungan tersebut, adakah DAP dapat mengikis persepsi masyarakat yang mengaitkan ia adalah sebuah "parti Cina"? Atau mampukah SNAP membantu DAP untuk meraih sokongan dari kaum Dayak khasnya yang berada diluar bandar? Banyak lagi persoalan yang berbangkit dan pasti ada motif lain disebalik tindakan cadangan DAP berkenaan.
Akan tetapi, BN masih lagi mampu memperoleh sokongan rakyat walaupun mendapat saingan sengit dibeberapa kawasan dan keputusan untuk menurunkan beberapa calon baru telah menunjukkan BN masih lagi mampu untuk bertahan.
No comments:
Post a Comment