Jika MalaysiaKini ada, RoketKini pun ada. RoketKini adalah laman web akhbar bahasa Melayu kepunyaan DAP yang bertujuan untuk mendekatkan jurang antara parti dengan rakyat bumiputera khususnya golongan Melayu.
ROKETKINI.COM |
Laman web berkenaan akan menampilkan rencana, wawancara dan berita disasarkan khas untuk golongan Melayu. Menurut ahli majlis negeri Selangor, Teresa Kok, mereka mengakui bahawa sudah tiba masanya untuk DAP mendekati semua bangsa. Naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan. Dengan adanya RoketKini, dikatakan DAP akan bersaing untuk menguasai pengundi Melayu dan juga penduduk luar bandar.
Mengapa hanya golongan Melayu?? Kata nak mendekati semua bangsa tapi cuma golongan Melayu sahaja yang disebut. Nampaknya DAP masih tidak yakin untuk atau lebih senang cakap, mereka sememangnya tidak bersungguh-sungguh untuk mendekati golongan bumiputera. Adakah ia cuma sandiwara semata-mata untuk mendapatkan sokongan demi mendapatkan undi pada Pilihanraya Umum kelak? Jika benar pun mereka bersungguh-sungguh, adakah mereka mampu manarik perhatian golongan bumiputera khasnya golongan Melayu untuk menyokong DAP? Walauapapun agenda mereka, agak sukar bagi golongan bumiputera untuk berubah hati untuk meyokong satu parti yang majoriti ahlinya terdiri dari satu bangsa sahaja.
No comments:
Post a Comment