Ketua Wanita PKR wakil besar meminta sedekah |
Baru-baru ini, PKR Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di antara kaunselor-kaunselor bagi membincangkan bagaimana untuk mengumpul dana bagi mengembangkan pengaruh parti di Selangor. Dalam perjumpaan tersebut, para kaunselor yang hadir amat kecewa dengan keputusan perbincangan dan masing-masing memberikan pendapat tentang keputusan yang diambil.
Isu pertamanya, lebih kurang 100 orang kaunselor telah diminta untuk menderma RM 20,000.00 seorang dengan tujuan untuk menjana aktiviti-aktiviti berkaitan parti. Perjumpaan tertutup berkenaan yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin dan MP Petaling Jaya, Hee Loy Sian. Kedua-dua mereka telah menggesa para kaunselor untuk menghulurkan bantuan berkenaan dan menurut mereka ia adalah atas permintaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Gesaan kedua-dua pemimpin tersebut telah menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak puas hati dikalangan para hadirin.
Isu keduanya pula, salah satu daripada cadangan yang diberikan oleh kedua-dua pemimpin tersebut adalah mengarahkan para kaunselor yang hadir untuk mengutip "wang ehsan" dari pengusaha hotel murah dan dari para pemborong besi buruk. Dikatakan jumlah yang dicadangkan adalah dalam lingkungan RM2,000.00 hingga RM3,000.00 untuk setiap pengusaha hotel dan pemborong besi buruk. Para kaunselor juga diarahkan untuk memberikan sijil penghargaan kepada setiap penderma dan sijil berkenaan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan untuk pelbagai urusan di pejabat perbandaran/daerah.
Ramai hadirin kurang selesa dan tidak puas hati namun masih mendiamkan diri walaupun pahit ditelan. Dan suasana dalam perjumpaan tersebut juga dikatakan tidak mendapat sokongan dan penuh dengan muka muram.
No comments:
Post a Comment